Bagaimana Saya Bangkit ketika jatuh

Assalammualaikum.

Aku dilahirkan pada tahun 1992. ketika ini aku sudah menginjak umur ke 24 tahun. 
Selama 24 tahun aku hidup, aku banyak sia-siakan hidup aku dengan perkara yang sia-sia,

Setelah umur aku ke 24 tahun ini lah, aku mulai sedar dan menyesal kenapa aku lambat bertindak.

Pada 15 may 2016, aku terjebak menghadiri seminar Mudahnya Berniaga oleh DR AZIZAN OSMAN . 

Bagaimana aku terjebak?
Ceritanya bermula kerana aku mula menjalankan perniagaan jual tudung secara online dan offline. Aku ingat semudah ABC buat bisnes ni, rupanya banyak cabaran serta halangannya. Alhamdulillah ketika kami buntu dalam ilmu perniagaan , ada Dr azizan datang membantu. 
Dan bermula dari situ lah aku lebih mengenali DAO dengan lebih dekat lagi.

first tangkapan aku tentang seminar ni, offcourse ianya sesutu yang membosankan. "Alaaaa, ceramah kot mana ada''. yang best kata hati aku.





Tapi, aku rasa terkejut. Sampai ja dekat dewan kebudayaan Penampang tu, waduh-waduh ramainya orang yang berpusu-pusu menghadiri seminar ni. Dalam hati aku berkata '' Hebat sangat ka lelaki gemuk ni'' Hahaha, mulut jahat kan .

Bayangkan orang beratur sampai ke jalanan semata-mata untuk masuk ke dalam dewan. Dah masuk tak cukup seat pula tu, sampaikan staff buka buka seat level satu. Syukur gak dewan tu ada dua tingkat kan .

Pastu, MC keluar siap ada lampu-2 bagai macam mahu ke disko pula .. ehhh apa ni, d suruh pula kita menari, ehemmm gadis ayu tak boleh menari sakan, waktu tu control lagi kunun .

Keluar jak DAO semua berteriak, dalam hati kata '' Mamat ne ndak la hensem sangat pun, muka korea pun tiadaa , apsal la semua orang ni''

Tapi bila jak DAO berbiacara mengenai potensi diri dan mental block yang ada pada sendiri, Sedikit demi sedikit aku jadi tertarik dan ingin belajar lebih dalam lagi .

Diakhir sesi, DAO bukak pula penyertaan untuk kelas seterusnya iaitu IMKK. Kami apa lagi, fikir dua kali terus register.

Dekat IMKK, tak malu dah, suka hati aku jak teriak menari sakan weiii . bukan selalu .. hahahaha,


Pastu, menangis sakan pun ada juga wooo .. Selama ini aku ingat dosa tak lah besar sangat, tapi dalam program ni, aku rasa terlalu kerdil sesangat sampaikan menangis teresak-esak aku dibuatnya.

Dekat sini lah, aku mulai sayang diri aku sendiri, aku nekad untuk jadikan diri aku yang terbaik.

Ada lagi next kelas pula. PROGRAM MMM .. 
kitorang tawakal register ja dulu, kumpul duit untuk upgrade pakej Super Supreme, pakej ni sangat istimewa, bukan sahaja dapat duduk depan tapi banyak hadiah-hadiah misteri yang DAO bagi. Berkat doa hari-hari, dapatlah kami ke pakaej super supreme.



Yeahh, kat sini barulah kita pelajari ilmu marketing. Yang selama ni ingat betul sangat lah apa yang kami buat, rupanya banyak kesilapan-kesilapan yang perlu diperbaiki.

Doa aku, agar aku dapat tamatkan kesemua kelas DAO ne dan seterusnya dapat menghadiri Konvo University Of Life. Terasa aku lebih bersemangat untuk menghabiskan pengajian aku dengan DAO ne berbanding nak pergi konvo aku bulan 12 ni, hehehe

Apa-apa pun korang doakan yaa ... :)

1 comment:

  1. Semoga dipermudahkan.

    You are marketing genius !

    ReplyDelete